Friday 28 September 2012

Arah dan Jam. Pencariannya.


Entri lepas, aku kongsikan bagaimana caranya guna tachymeter. Boleh tengok guna link ini kalau nak tengok. Tacymeter. Akan tetapi, tak semua jam tangan analog ada tachymeter. Jam digital? Belilah mahal macam mana sekalipun, fungsinya terlalu terhad, melainkan yang dah tambah macam-macam butang dan segala benda, sampai nak pakai pun tak tergamak.

Kali ini aku kongsikan pula cara nak mencari arah Utara sebenar (True North) menggunakan jam. Sebelum itu, aku haruslah memberitahu pada kalian, bahawasanya, kompas magnet yang kalian ada itu, menunjukkan Utara Magnet. Bukan Utara yang sebenar. Perbezaannya berubah-ubah mengikut tempat. Malah ia kadang-kadang mempunyai beza yang banyak pada sesetengah tempat. Ditambah pula dengan keadaan magnet sekeliling (alat-alat logam, kereta, dan lain-lain). Cara yang paling mudah untuk cari Utara sebenar (True North), guna kompas gyro (gyro compass).

Utara selepas ini merujuk kepada Utara sebenar (True North).

Malas aku nak cerita prinsip asas kaedah ini. Rasa was-was, boleh cuba bila ada matahari.

Maka, dengan jam analog juga kita boleh mencari arah utara. Caranya mudah. Untuk Malaysia, yang terletak di Hemisfera Utara, letak jam pada permukaan rata, kemudian halakan jarum pendek (jarum jam) ke arah matahari. Kemudian, pembahagian antara jarum pendek dan pukul 12 adalah garisan utara-selatan. Sila lihat gambar yang aku lukis walaupun tak berapa nak lawa.





Jika anda di Hemisfera Selatan, jam 12 itu yang dihalakan ke arah matahari dan garisan Utara-Selatan itu berada di antara jarum pendek dan jam 12. Arahnya berlawanan. Boleh bayangkan garisan itu? Senang sahaja. Tetapi hendaklah jam anda waktunya tepat.

Begitulah adanya. Tak susah mana. Jam ada banyak kegunaan. Mana nak tahu kalau sesak sangat nak mencari arah. Memang orang kata boleh tengok bayang matahari apa semua, cuma memakan masa.

Nanti bila-bila aku ada tergerak nak cerita guna cara ini pada waktu malam (kena cari kedudukan matahari waktu malam guna bulan), aku cerita. Sebab jenuh nak terangkan guna Bahasa Melayu. Itu sebab aku sokong PPSMI di sekolah.




Selit-selit: Cari arah utara, selatan, timur, barat, semuanya senang. Tapi benda yang susah nak dicari, walau hebat macam mana pun ilmu navigasi ialah mencari orang yang boleh kita sandarkan diri untuk dunia dan akhirat.


18 comments:

Unknown said...

knpe aku xphm ek citer nie???

JR said...

Baru saat ini saya tau ada utara sebenar dan utara magnet..Apa pun terima kasih kerana dpt berkongsi ilmu ini...

Aimacomel said...

errk, kita pun xpham sgt la kali ni.. (dari dulu memang failed pasai kompas2 ni)

Unknown said...

Aimi: Sebab anda tak tumpu. Fokus. Fokus. Hahah.

JR: Ada 3 jenis Utara. Magnetic North, True North and Grid North. Nanti boleh cari info.

Baby: Erm... Agaknya kena buat video ni.

Deleted said...

wahh ayat last tu mengandungi maksud yg mendalam kiranya. hha.

ohh baru perasan abg ada komen bout how do i know your name kann? hha well besa la org terer, bakal hacker ni. ahaks

true story : baca balik entry2 sebelom ni, pastu ada satu entry cter pasal a lady name ekin if im not mistaken, then ada tulis nama penuh. hha apa lg, dgn laju2 set dlm mind that name. kah3

Everything's Everythings said...

fuyooh lepas ni tak payah bawak compass pun boleh tau arah utara lah kan xD

AAA Jr. said...

eye catching sungguh ayat dalam selit-selit tu. Belum jumpa lagi ke? Ehem.

Unknown said...

aku mai sini... bukan nak kumen pasai arah dan jam itu... cuma ada setengah2 blogger panggil ko Eddie?? betul ka nama ang Eddie wahai ROMEO LAUT?? ha ha ha jika ya sila reply A jika tidak sila reply B.. eh?? keh3 >..<

Unknown said...

p/s: You were tagged in here.. feel free to give me ur feedback >..<


http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/sang-tikus-menari2-bila-si-kucing-tak.html

Unknown said...

Nurshamila: Berat aku nak jawab komen kau ni. Susah dan payah.

EE: Ya. Tapi haruslah tahu prinsip asasnya kalau nak guna di tempat lain juga.

PPP: Terima kasih untuk tag nama. Untuk nama, susah betul nak menjawabnya. Hahah.

Unknown said...

AAA: Susah nak cakap. ^_^

Unknown said...

p/s: Just ignore my previous notes... found it.. no wonder... i was looking at a wrong PM actually at first :P ha ha ha apa daa.. loklak sgt aku ni kan.... oh... btw nice name :) and pictures you have there :)

ika said...

>_<hehe ...tetibe rasa conpius selatan,timur,barat,utara

Unknown said...

saya tak paham jugak

Unknown said...

PPP: Nama aku memang sedap. Hahahah.

ika: Sila rujuk peta balik.

Iffah: Tak faham juga? Cari buku ikhtiar hidup.

Unknown said...

Romeo nama anda ditag lagi di entri ni.. ha ha ha


http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/nite-nite-peps-catch-ya-tomorrow.html

mohon membacanya dgn tabah :P

Anonymous said...

tq share ye

Anonymous said...

replica bags delhi replica bags wholesale hong kong replica bags for sale