Tuesday 11 September 2012

Tangkap Gambar. Cuci Gambar?

Bernafas lagi aku buat kesekian kalinya. Melihat dunia yang kian aktif dengan cara yang lebih pasif.

Macam-macam benda menarik yang makin mewarnai negara Malaysia. Dari Perhimpunan Hijau yang aku tengok makin berlawanan dengan warna biru, kemudian ada pula kes kata pengawal peribadi main acah pistol, lepas itu ada pula kes artis yang jawab bahawa mengadakan persembahan untuk syarikat arak itu adalah benda yang pernah dibuat sebelum-sebelum itu lagi. Tapi yang kurang cerdiknya, dah tahu benda tak elok, bila ditegur, tak payahlah nak buat-buat pandai. Esok lusa bila dah mati, nak tanam dalam kubur pun menyusahkan orang sebab jenazah jadi berat apa semua, baru nak tahu. Kalau suami reti mandikan mayat, siap tahu nak buat solat jenazah, bolehlah nak tunjuk pandai. Susah nak cakap. Ingat artis ini golongan bagus? Tahap intelek rata-rata tak tinggi mana. Kiranya bukanlah golongan yang patut disanjung pun.

Tapi itu bukan topik yang aku nak cerita. Benda yang aku nak kongsikan untuk entri kali ini ialah, zaman sekarang manusia suka tangkap gambar, tapi tak suka cuci gambar.

Pada hari ini aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke pekan. Maka berjalanlah aku dengan berbahagia. Syahadan, terlihatlah aku kepada beberapa orang manusia sibuk menangkap gambar. Bergaya sakanlah orang yang ditangkap gambarnya itu. Pelbagai aksi yang menarik. Ada yang melompat, ada yang senget, ada yang muncungkan bibir, ada yang kembungkan pipi. Pendek kata, tak ubah macam monyet. Kaum yang manakah suka berbuat demikian itu? Sayugia yang berbuat perangai seperti itu tidak lain dan tidak bukan majoritinya datang dari kaum gadis. Selesai sahaja sesi fotografi, maka si tukang pengambil gambar pun memindah masukkan kad memori kamera ke dalam laptop. Maka bersorak sorailah mereka dengan gambar yang berbagai rupa tadi.

Namun begitu, apa yang dilihat oleh aku yang berada di tepi sambil minum air, adalah sesuatu yang menarik. Selesai mereka bersorak sorai, mereka pun terus beredar sambil berkata, "Jom balik, nak?". Aku terus memerhatikan gelagat mereka. Maka, tiadalah mereka berkata hendak menuju ke kedai gambar untuk mencucinya. Lalu, usai dari itu, aku pun pulang semula ke tempat yang sepatutnya. Aku bertanya pada pakcik aku, yang juga seorang pengambil gambar, tentang mengapa orang tak ramai dah yang cuci gambar. Maka kata beliau, entahlah. Mungkin kerana nak letak di Facebook sahaja. Atau letak di bingkai gambar elektronik.


Jadi aku diam. Memikirkan keadaan. Makanya, adalah tidak hairan nanti industri mencetak album gambar akan bankrap. Tukang-tukang cuci gambar akan kehilangan punca pendapatan. Dalam situasi lain pula, takkan ada lagi acara nak tunjuk-tunjuk album gambar pada kawan-kawan ketika mengunjungi rumah di masa hadapan. Tak ada lagi aktiviti mengirim gambar pada teman wanita atau tunang melalui pos. Semuanya lungkup dan lingkup kerana teknologi yang kita guna secara begitu sahaja. Malah aku percaya ada di antara kawan-kawan aku yang tidak mencuci gambar di hari raya mereka. Semuanya tersimpan di dalam benda yang dipanggil cip memori, dalam pelbagai bentuk.

Entahlah. Gambar itu satu seni. Orang-orang yang tahu menghargai gambar-gambar mereka, tahu cara menyimpannya dengan baik. Peralatan elektronik, kalau dicelup dalam air, risiko untuk rosak sangat tinggi. Itu belum kira virus apa semua. Tapi yang bercetak itu lebih tahan lama. Paling tidak, jika tak hilang, masih boleh dilihat untuk 20-30 tahun akan datang. Anak cucu anda akan rasa gambar yang ditangkap dari kamera canggih anda hari ini sebagai 'old school'. 

Apapun, fikir-fikirlah. Apa-apa yang kita tempek atas kertas selalunya akan tahan lebih lama. Sama macam kitab-kitab. Sampai sekarang masih kekal dan dipelajari. Begitu juga gambar. Maka, fikir-fikirkanlah mengapa kita dah tak suka cuci gambar, tapi beria nak belajar tangkap gambar.







Selit-selit: Mak aku dan pakcik aku suka betul cuci gambar. Walaupun mereka tak hebat menangkap gamabr. Cukup quota, terus hantar ke kedai. Seronok sebab aku tahu album itu nanti akan menceritakan banyak kenangan dan peristiwa.

Selit-selit: Dulu, hobi fotografi ini luas. Dari tangkap gambar, sampailah mencuci gambar. Semua dipelajari. Sekarang? Ramai yang tahu menangkap gambar sahaja. Kalau tanya teori bagaimana nak cuci gambar guna negatif, haram tak tahu.


10 comments:

Unknown said...

aku punya gambar kalau dikira dari kecik sampai sekarang ni adalah beribu-ribu keping kot :P

p/s: lama x nampak berlayar ke?? ") thanks drop by blog PPP

Unknown said...

PPP: Beribu-ribu keping pun, yang selalu jadi tumpuan yang paling lama sekali.

Biasalah. Bekerja. Menghilang sekejap. Sekarang tengah ada masa.

Unknown said...

Memang macam ni tabit sekarang. suka suki tangkap gmbr, tapi tak cuci, Simpan je lama2 janji dpt ditatap. Tapi kalo dicuci lagi bagus (: kenangan indah macam real bcos every pictures has it stories.

Unknown said...

aku tak suke tangkap gambar sendiri..tp aku rajin tangkap gmbar orang..so for sure gambar orang xde nye aku nak tolong cuci kan..haha..tapi bapak aku memang suka cuci gambar..sebab nak guna samsung tab dia tak reti..tension punya pasal terus cuci gambar tu..ahhaa...

Unknown said...

Steffany: Kalau dicuci, letak dalam album cantik-cantik, nanti bila dibuka balik rasa seronok. Boleh senyum sendiri jadinya.

Cik kaki ketawa: Gambar orang lain, tak payahlah nak sibuk cucikan. Tapi tanyalah pada kawan samada dia nak cuci ke tidak. Orang tua, walaupun caranya nampak ortodoks, tapi itu yang selalunya terbaik.

Unknown said...

tapi aku rasa..entry kau ni ada betulnya..once aku bukak album lama..aku terfikir..asal gamabr aku sikit sangat..sampai aku tak tahu macam lah gaya aku time kecik2 dulu..so aku sangat dengki melihat abang aku yang selalu cerita tentang gamabr dia masa kecil..conclusion nya..gambar simpa seribu satu cerita dan tanpa gambar entah2 kita terus lupakan cerita indah tu..walahwei..gaya matang habis aku ni..hehe..=P

thathoa said...

read this article Dolabuy Hermes click here for more Check This Out redirected here designer replica luggage

neigh said...

Check Out Your URL Dolabuy Chloe browse around here replica designer backpacks news Bottega Veneta Dolabuy

tape said...

visit this site Chloe Dolabuy find more Dolabuy Gucci internet gucci replica

shatoughth said...

o0w49l1a21 j9k43p7z06 l8k30d9p08 f8k54a3b71 o2g75f0a86 p4u28u1u16